dan isterinya Nora (dua dari kanan) bersama lapan anak mereka di rumahnya di Kampung Kekabu, Lemai." title="MISKIN...Azwar (tiga dari kiri) yang mengalami sakit otot dan isterinya Nora (dua dari kanan) bersama lapan anak mereka di rumahnya di Kampung Kekabu, Lemai." height="196" width="300" border="0"> |
MISKIN...Azwar (tiga dari kiri) yang mengalami sakit otot dan isterinya Nora (dua dari kanan) bersama lapan anak mereka di rumahnya di Kampung Kekabu, Lemai. |
PASIR MAS: Akibat dihimpit kemiskinan, lima daripada lapan beradik yang tinggal di Kampung Kekabu, Lemal, di sini, terpaksa berhenti sekolah.
Azwar Shahril, 44, berkata sejak menghidap penyakit kekejangan otot empat bulan lalu, beliau tidak mampu bekerja dan hilang punca pendapatan untuk menanggung keluarganya.
Katanya, lima anaknya, Nuraznely, 14, Nurazmy Tanjong, 13, Nurazliny, 11, Nurazmyta, 9, dan Nurazmydar, 7, terpaksa melupakan hasrat untuk bersekolah kerana bapa tidak lagi mampu menampung kos perbelanjaan mereka.
“Mereka terpaksa duduk di rumah saja... susah hati saya bila fikirkan masa depan mereka, ditambah dengan keadaan diri saya yang terpaksa dibantu isteri dan anak untuk bergerak,” katanya kepada Bernama, di sini, semalam.Tiga lagi anaknya ialah Nur Azdenil, 5, Nurazmatysar, 2, dan seorang bayi perempuan berusia lapan hari.
Azwar berkata, beliau yang sebelum ini bekerja dengan mendapatkan upah bagi kerja-kerja kasar di kampung kini terpaksa bergantung kepada simpati jiran.
Katanya, beliau terkilan tidak dapat membiayai belanja persekolahan anaknya kerana berdasarkan laporan prestasi tahunan, kelima-lima anaknya memperoleh prestasi cemerlang setiap kali peperiksaan.
Isteri Azwar, Nora Rajab berkata ada pihak sekolah cuba membantu anak sulungnya Nuraznely dengan mendapatkan bantuan biasiswa, tetapi disebabkan anaknya selalu tidak hadir ke sekolah kerana menjaga ayahnya, biasiswa itu diberi kepada orang lain.
“Disebabkan dia selalu tak datang sekolah, tawaran mendapatkan biasiswa oleh pihak sekolah terpaksa diberi kepada orang lain,” katanya.
Tinjauan mendapati rumah yang menjadi tempat berteduh mereka sudah uzur dengan hanya satu bilik untuk dikongsi semua.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional Azwar iaitu 03116-29-00006377-7.
No comments:
Post a Comment