Friday, January 2, 2009

" UMAT ISLAM WAJIB MENYOKONG PERJUANGAN PALESTIN "

(02 Januari 2009 / 05 Muharram 1430H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekelian,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: "UMAT ISLAM WAJIB MENYOKONG PERJUANGAN PALESTIN ".

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Negara Palestin adalah tempat lahir dan tinggal sebahagian besar para Rasul dan Nabi Allah menyebarkan Islam, kawasan terletaknya Masjid al-Aqsa, tempat berlakunya Israk dan Mikraj dan kiblat pertama umat Islam. Menurut sumber sejarah, bangsa Yahudi hanya duduk memerintah selama 4 kurun sahaja semenjak zaman Nabi Allah Daud, Nabi Sulaiman dan dijajah pula oleh bangsa Parsi dan Rom selepas itu. Manakala umat Islam memerintahnya semula selama 12 kurun semenjak ditadbir oleh Saidina Umar R.A pada tahun 636 Masihi sehinggalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan Ketetapan 181 pada November 1947.

Ketetapan ini telah membahagikan 2/3 tanah Palestin kepada pendatang haram Yahudi dan selebihnya diserah kepada penduduk asal Palestin yang sah. Akhirnya Yahudi berjaya menubuhkan negara Israel secara haram pada 1948 dengan sokongan Britain dan nasionalis Arab Palestin.

Kita amat kesal tanah tempat suci dan ibadah umat Islam dirampas bahkan menjadi tempat umat Islam Palestin dibunuh kejam. Sejak Yahudi menduduki Palestin pada tahun 1948 hingga kini dianggarkan seramai 282,700 orang rakyat Palestin telah terkorban kerana mempertahankannya. Serangan terbaru rejim zionis Israel ke atas Palestin dalam beberapa hari ini menyebabkan kira-kira 400 orang Palestin lagi maut.

Bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, Nabi-nabi, Rasul-rasul Allah atau orang biasa. Mereka akan membunuh tanpa rasa belas kasihan dan hak. Ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 157:

Maksudnya: " Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka menbunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar dan mereka berkata: hati kami tertutup. Bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja diantaranya. "

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Persoalan besar timbul ialah mengapa Yahudi berterusan menjadi ganas dan kejam tanpa ada rasa peri kemanusiaan?. Ini disebabkan mereka terlalu taksub dengan bangsanya yang dianggap sebagai pilihan Tuhan, bangsa yang disayangi Tuhan, halal membunuh orang yang bukan Yahudi, mendapat sokongan kuat daripada Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah serta negara Islam yang bersekongkol dengan mereka. Kita amat kesal, negara Barat yang kononnya kuat mempertahankan hak-hak asasi manusia, kanak-kanak, wanita, orang tua, demokrasi dan sebagainya, tetapi berlepas tangan apabila berlaku pencabulan hak asasi rakyat Palestin. Penubuhan negara Israel secara haram diiktiraf sah oleh pihak Barat tetapi mereka tidak mengiktiraf pergerakan Hamas yang memenangi pilihanraya secara demokrasi.

Kadangkala kita amat sedih terdapat negara Islam terpaksa bertungkus lumus dan bersusah payah menjawab surat tunjuk sebab kepada PBB kerana dikatakan melanggar hak asasi manusia, sedangkan PBB sendiri tidak bertanggungjawab dengan deklarasi sedia ada untuk Palestin atau negara Islam yang lain. Oleh itu, mimbar menyeru umat Islam di negara ini, jangan bersyubhat dan terikut-ikut serta tertarik dengan perjuangan hak asasi manusia yang dipelopori Barat dan proksi Yahudi di negara ini, kerana mereka bersikap 'Talam Dua Muka', penuh penipuan dan tiada integriti.

Berdasarkan pemerhatian, pergerakan Islam Hamas di Palestin dan pergerakan Islam Hizbullah di Lubnan adalah pertubuhan jihad paling berkesan mempertahankan hak asasi Palestin. Kedua-dua pertubuhan ini juga paling ditakuti oleh Israel dan pakatannya kerana mampu mengugat kerajaan haram Israel. Umat Islam diseru agar berdiri teguh dibelakang dua pertubuhan ini dalam mempertahankan hak dan martabat Islam.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Umat Islam bertanggungjawab membantu penduduk Palestin dalam pelbagai cara. Sama ada bersifat kebendaan atau sebaliknya mengikut kemampuan. Kita mestilah berdoa demi keselamatan dan kebebasan bumi Palestin dari ancaman musuhnya. Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili adalah ulamak terkemuka dunia menegaskan bahawa umat Islam wajib membantu saudaranya yang kesusahan dalam pelbagai aspek yang diperlukan walaupun terpaksa mengikat perut. Mimbar ini juga menyokong penuh fatwa Sheikh Yusof al-Qardhawi bahawa jihad pengebom berani mati khususnya di Palestin adalah tidak bercanggah dengan Islam dalam usaha mempertahankan Islam dan tanah air.

Oleh yang demikian selari dengan peristiwa Hijratur Rasul SAW, maka sewajarnya mampu menjadi pemangkin kepada kita untuk bersama-sama dengan pertubuhan gerakan Islam menghapuskan kezaliman, penindasan dan keganasan di Palestin.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah, mimbar yang mulia ini menyeru semua umat Islam, marilah kita sama-sama membantu mempertahan dan menyelamatkan maruah bumi Palestin dengan tindakan berikut:

Pertama: Umat Islam wajib bersatu padu mempertahankan Islam dan tidak bergantung harap bantuan orang bukan Islam untuk menyelamatkan maruah Islam;

Kedua: Sikap tidak peduli umat Islam tentang persoalan akidah, ibadah, syariat dan akhlak akan menjerumuskan umat Islam di bawah telunjuk Yahudi dan pakatan mereka;

Ketiga: Pemimpin dunia Islam hendaklah berani memberi sokongan kepada Hamas dan Hizbullah untuk mempertahankan Islam dan tanah air;

Keempat : Menjiwai dan sensitif terhadap sebarang bentuk pencabulan harta, nyawa dan maruah umat Islam;

Kelima: Menghulurkan bantuan derma mengikut kemampuan; dan

Keenam: Memulaukan pembelian barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:

Maksudnya: " Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. "

ayat 6

No comments: