Thursday, January 22, 2009

Tabung Amanah Cakna Palestin



MARILAH KITA WARGA PERAKAN MAYA MENYUMBANG SEDIKIT DARI REZEKI YG DIKURNIAKAN ALLAH KEPADA KITA BAGI MEMBANTU SAUDARA SEUGAMA KITA YANG SEDANG DISEMBELIH OLEH PUOK² NNATANG ISRAEL.

INSYAALLAH, SUMBANGAN KITA YANG SEDIKIT AKAN DIBERIKAN GANJARAN PAHALA YANG BESAR DISISI ALLAH....
APABILA ANDA MEMBELI STICKER PALESTINE ANDA JUGA TURUT MENYUMBANG ...



KOTA BHARU, Tabung Amanah Cakna Palestin akan dilancar 24 Januari ini, dan akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu tabung juga akan digerakkan di masjid, pusat-pusat pameran, kompleks membeli-belah, jabatan-jabatan kerajaan dan mendapatkan sumbangan syarikat swasta.

Manakala kempen derma RM1 untuk Palestin akan dilaksanakan membabitkan pelajar, sebagai usaha memupuk kesedaran kepada mereka terhadap kekejaman zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin.

Kerajaan negeri akan mengadakan pameran bergerak berhubung kekejaman Israel di beberapa pusat membeli belah antaranya di KB Mall, Tesco dan Mydin.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato’ Husam Musa berkata, hasil kutipan yang bakal diterima akan disumbang terus kepada rakyat Palestin.

“Ini kerana serangan yang dilancarkan tentera Israel ke atas rakyat Palestin yang kini telah mengorbankan lebih 600 nyawa. Ia bukan lagi soal agama.

“Ianya merupakan isu sejagat, kemanusiaan yang menuntut sokongan seluruh umat dunia,” ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berharap semua parti politik di negara ini mengenepikan perbezaan fahaman bagi menyatakan bantahan terhadap Israel.

Menurutnya, kerajaan negeri bersimpati terhadap nasib menimpa rakyat di negara itu khususnya anak-anak yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Beliau turut mempertikaikan dunia seolah-olah begitu sepi dalam mempertahan hak serta membela rakyat Palestin.

“Saya percaya sekiranya kaum keluarga Presiden Amerika sendiri yang terkena bedilan dan bom seperti di Palestin, mungkin dunia akan gamat dan mengutuk kekejaman itu,” ujarnya.

Oleh itu katanya penduduk di seluruh dunia perlu bergabung antara satu sama lain mengutuk kekejaman tersebut kerana ia merupakan isu kemanusiaan.

Sementara itu, orang ramai yang berminat menyalurkan derma kepada rakyat Palestin boleh menyumbang kepada
Tabung Amanah Cakna Palestin’, Bank Islam Malaysia melalui akaun 03018010122939.


1 comment:

Just Call Me Qamar said...

leh caya ke tabung ni... lain macam je